topbella

Friday, December 31, 2010

sabda Rasulullah SAW: 'CINTA KAMU TERHADAP SESUATU MENYEBABKAN KAMU BUTA DAN TULI' (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Perlunya Berlebihan Dalam Mencintai Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya & yang mencintainya. Lumrahnya begitulah seorang wanita akan disukai & dicintai oleh ramai lelaki berbanding seorang lelaki biasanya untuk dicintai seorang wanita pun payah.

Wanita ibarat bunga. Bunga biasanya cantik & harum. Jarang ditemui bunga yang busuk walaupun ada. Begitulah wanita, biasanya dianggap cantik oleh orang yang mengaguminya. Boleh dikatakan kita tidak akan jumpa bunga yang tidak memukau perhatian kita. Kalau pun ia kurang cantik, ia tetap unik & menyebabkan kita mahu mendekatinya, membelek, menyentuh & mengkaji.

Apabila dia didekati oleh terlalu ramai lelaki dia akan keliru sebab rasa cintanya hanya satu. Wanita bernafsu banyak, maka dia tidak begitu sempat untuk mempelbagaikan cintanya untuk ramai lelaki. Berbeza lelaki, nafsunya satu, justeru dia tidak pandai membahagikan keghairahannya itu kepada benda-benda lain. Dia amat teransang apabila melihat wanita. Soal cantik @ tidak bukanlah masalah besar baginya yang penting pandai mengambil hati & bermanja-manja.

Nafsu wanita telah dipelbagaikan untuk pelbagai hal dalam kehidupan. Dia bernafsu terhadap gelang, rantai, cincin, rumah, kereta, baju, langsir, sofa & segala macam lagi, maka keghairahannya terhadap lelaki amat kurang. Rasa cintanya akan menjadi satu.Sebab itu biasanya wanita lebih setia berbanding lelaki.

lelaki boleh mencintai sepuluh wanita dalam masa yang sama sedangkan wanita tidak akan berupaya berbuat begitu. Yang paling menjadi masalah apabila dia digilai oleh ramai lelaki. Payah sungguh dia nak mengatakan, dia tidak mencintai kesemuanya kecuali satu. dan tidak sukar baginya untuk mengatakan, " Abang, walaupun ramai yang mahukan saya di luar sana, abang tetap pilihan hati."

Selalunya wanita lebih mudah membuat pilihan berbanding lelaki. Apabila seseorang wanita telah memilih seorang lelaki sebagai mahkota hatinya dia akan setia dengan pilihannya itu. Lelaki pula, selalunya lebih banyak mencuba nasib dengan mencintai ramai wanita untuk mencari yang terbaik. Dia selalunya pandai bermain kata-kata. Wanita pula mudah lemas dengan lelaki yang pandai bermain kata-kata. Sebab itulah wanita akan lemas berada di tengah-tengah lelaki yang dicintainya meskipun satu-satunya lelaki yang dicintainya itu masih teguh kukuh di sanubarinya.

Kebanyakan wanita akan taat dengan pilihannya mulai di alam perkenalan, percintaan hinggalah perkahwinan. Jarang yang berlaku curang. Jika curang memang dia jenis 'perempuan gatal' @ tidak mampu lagi bertahan dek cabaran-cabaran pasangan.

Sebagaimana bunga, jarang yang merosakkan alam. Kalau ada pun, itu sebab dipetik orang lalu dibiarkan. Atau gugur sendiri setelah tangkainya tidak dapat bertahan. Bunga akan selamanya jadi penghias alam. Bunga akan selamanya memukau perhatian orang & adakalanya haiwan.

Begitulah tamsilannya wanita. Dia indah & akan selamanya indah. Tiada wanita yang tidak indah. Selagi namanya wanita, pasti ada yang mengaguminya atas keindahan-keindahannya itu. Tamsilan indah seorang wanita itu pula bukan sekadar wajah tapi
keseluruhannya hingga layak digelar wanita.

Syukurlah anda bernama wanita & bertahanlah dalam kesucian walaupun amat-amat diketahui wanita sangat berkelebihan dalam mencintai & membenci, & tidak
mengenal pertengahannya.

ainul mardhiah ^_^

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seoarang wanita yang utuh berusaha menggapai syurga..