topbella

Friday, December 31, 2010

PESANAN UNTUK ORANG CANTIK....

 
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan   kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali   Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya   tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san   bermacam-macam perkara lagi.  Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,   terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik   dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. 
 
  Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah   berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut   kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,   mempertikai itu ini.  Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada   pada diri anda.
 
  Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu   kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa   membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan   memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda   terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.  Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat   dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti   tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah   rasa susah yang tiada kesudahan? 
 
  Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh   terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang   manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh   berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di   Akhirat.  Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik   selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa   riak dan takbur.  Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah   s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa   kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak   terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja   mempertikaikan kerja TUHAN. 
 
  Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia   sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn   ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.   Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa   paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.  Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu   hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri   anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH.

ainul mardiah ^_^

 

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seoarang wanita yang utuh berusaha menggapai syurga..