topbella

Thursday, December 30, 2010

~ DOA seoRang aQU ~











...Bismillahirahmanirrahim...

YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki..
Yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.. 
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.. 
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.. 

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.. 
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.. 

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.. 
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku..

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.. 
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.. 
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.. 

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.. 
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.. 
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.. 
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..

Sesungguhnya aku amat menyayanginya dan amat menyintai dirinya keranaMU Ya Allah..
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahagiakanku...

kerana dialah PeMilik Cintaku setelah ALLAH dan RASUL...

...aminn ya rabbal'alamin...

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seoarang wanita yang utuh berusaha menggapai syurga..