topbella

Sunday, January 2, 2011

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA



Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun diperantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memangmembingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempiasAmerican Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independentdan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakahyang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yangsememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyidari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan.Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramaiberlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air forgood, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranansebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan binAjaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tandatanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalamhal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagaimenteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin danjoget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalahsesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkanpolitik Rais Yatim?

Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramahbersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April2004] di bawah tajuk "Stop `Arabising' Malay Culture"atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itumenggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semulaidentiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasiyang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yangmahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu takmungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telahmendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi didalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiritelah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung sayadihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangkusekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung sayasemenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlahkerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. BangsaSudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya BahasaArab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masihpekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti,apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yangtutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelasfardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi danterhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekalsebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang retiBahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkandengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratuskaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadidiTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam niberjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlakubersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di sampinganak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yangberlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir dibandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri(di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yangdibunuh 'orang kahwin' malam itu.

RAKYAT KETAGIH HIBURAN

Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau diIreland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satudemi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Adauntuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada jugauntuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembalisupaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembaliuntuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semuaberhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tonetelefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama jugamesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburandengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kitasudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkankepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudahditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnyaterhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan,tiada makna dan tiada nilai.

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa,suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitudiendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh.Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan.Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yangsudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudiankembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan,namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trendbaru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik palingmurah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburanyang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik.Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yangberjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhirzaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datangdari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu NabiMuhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilaikebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hatidan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, iaakan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalahworld view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatupandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apayang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisiAllah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapaioleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata dihati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanyapenari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juaraAkademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetikIslam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudahterlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Makadengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasaberdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula.Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu.Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun,dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, iadapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orangyang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudiansedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurangsedikit rasa berdosa.

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskandi dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIHMELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkandari fitnah akhir zaman....

DIPETIK DR HOMEPAGE SAIFULISLAM

mInNi ^_^

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
seoarang wanita yang utuh berusaha menggapai syurga..